RAYUAN INFAQ PEMBANGUNAN

Pihak sekolah dalam usaha untuk mengumpul dana sebanyak RM150,000 bagi tujuan baik pulih dan pembelian alatan untuk bangunan baru yang telah dibeli 

Profile Sekolah

Pada tahun 1994, Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibn Kathir (SRIIIK) mula beroperasi di Lot 1692-34, Kampung Changkat, 53100 Gombak, Selangor.

Sebelum itu, selama empat tahun SRIIIK menyewa bangunan kedai tiga tingkat di Taman Jasa, Selayang.

Di lokasi sekarang, sekolah bermula dengan menyewa dua rumah (sebuah dua tingkat dan sebuah rumah berkembar setingkat) dan kemudian menambah sebuah banglo berhampiran bagi menampung pertambahan kelas.

Kini, bangunan dua tingkat menempatkan enam kelas,perpustakaan dan dataran perhimpunan yang turut digunakan sebagai ruang makan serta tempat solat pelajar lelaki.

Rumah berkembar pula digunakan sebagai pejabat pentadbiran, bilik guru besar, bilik guru wanita dan dua kelas. Banglo menempatkan bilik guru lelaki, ruang solat pelajar perempuan dan stor alatan sukan.

Selepas lebih 30 tahun beroperasi di lokasi ini, prasarana sedia ada tidak lagi mampu memberikan keselesaan bagi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan 20 kakitangan dan hampir 200 pelajar.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah berjaya merealisasikan perancangan tersebut melalui pembelian dua unit rumah kedai di Taman Batu, Greenwood dengan kos keseluruhan sebanyak RM3.1 juta, bagi menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif untuk guru serta pelajar.

Terima kasih di atas sumbangan dari orang ramai dan pelbagai pihak sehingga terhasilnya jumlah tersebut yang dikumpul sejak sekian lama. Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran pahala berlipat ganda.

LOKASI SEKOLAH DAN PRASARANA SEDIA ADA

Lot 1692-34, Kampung Changkat, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan

MAKLUMAN PREMIS BAHARU SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI IBN KATHIR (SRIIIK), GOMBAK

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, pembelian dua (2) unit rumah kedai di Taman Batu, Greenwood, Gombak, Selangor Darul Ehsan telah dimuktamadkan.

Kerja-kerja ubahsuai kepada 12 Bilik Darjah dan kemudahan lain akan dimulai dalam masa terdekat.

SRIIIK akan berpindah ke premis baharu pada bulan Jun 2026 tertakluk kepada kelulusan dari Pej.Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Alamat baharu SRIIIK :
SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI IBN KATHIR (SRIIIK)
No. 14 & 16, Jalan 10, Taman Batu, Greenwood, Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

RAYUAN INFAQ BAGI KOS UBAHSUAI DAN PEMBELIAN PERALATAN KELAS

Walaupun pembelian dua unit rumah kedai di Taman Batu, Greenwood telah berjaya dilaksanakan, premis baharu SRIIIK masih memerlukan sumbangan dana bagi menampung kos ubah suai serta pembelian peralatan kelas yang dianggarkan berjumlah antara RM100,000 hingga RM150,000.


Sehubungan itu, pihak sekolah dengan rendah hati memohon sumbangan dan sokongan daripada tuan/puan agar hasrat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk hampir 200 orang pelajar serta 20 orang kakitangan dapat direalisasikan sepenuhnya.

Segala bentuk sumbangan amat kami hargai dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan serta mendoakan agar Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.

*Jika terdapat lebihan ianya akan dimasukkan ke dalam Dana Tabung Pembelian Tanah SRIIIK seluas 3 ekar di batu 8 1/2 Jln Gombak.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib, ganjarilah
mereka (penderma-penderma) dengan ganjaran pahala-Mu yang berlipat ganda, luaskanlah rezeki
mereka seluas-luasnya, berkatilah kehidupan mereka dan permudahkanlah semua urusan kehidupan
mereka samada di dunia ini atau di padang Mahsyar kelak.Ameen Ya Rabbal Alameen”

 

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Maksudnya: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
HR Bukhari, 1764.

 

َّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

– Al Baqarah : 261

Scroll to Top