fbpx

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Al – Baqarah : 261

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibn Kathir (SRIIIK)  memulakan operasinya pada tahun 1994 di tempatnya sekarang, iaitu di Lot 1692-34, Kampung Changkat, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan. SRIIIK ditubuhkan  untuk membangunkan sistem persekolah yang berwibawa bagi menjana generasi Islam yang faham dan bekerja demi mencapai keredhaan Allah S.W.T.

Selepas lebih 25 tahun beroperasi di tempat sekarang ,pihak sekolah sedar keadaan prasarana semasa sekolah  tidak lagi dapat memberi keselesaan untuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan 20 orang kakitangan dan hampir 200 orang pelajar di SRIIIK.

Aktiviti Sekolah

Perkembangan

Bangunan sekolah terkini yang menempatkan tempat perhimpunan, tempat makan dan kelas-kelas.
Pemandangan hadapan sekolah.
Pejabat sekolah, bilik guru lelaki dan perempuan serta bilik guru besar di bangunan berhadapan dengan bangunan utama sekolah.

Justeru itu , usaha pengumpulan dana bagi membeli sekeping tanah untuk pembinaan sekolah yang kondusif dan selesa telah giat dilakukan hampir berbelas tahun yang lalu . Hasil kutipan tersebut , Ahli Lembaga Pengelola SRIIIK telah membeli sebidang tanah rezab melayu seluas 3 (tiga ekar) bersebelahan dengan Masjid Gombak Utara . Rancangan pembangunan tanah tersebut akan melibatkan pembinaan dua blok bangunan utama iaitu satu blok bangunan sekolah empat tingkat dan satu blok empat tingkat kuarters guru yang akan menempatkan 12 buah unit rumah.

Dana yang diperlukan

Pelaburan yang diperlukan untuk keseluruhan projek pembangunan SRIIIK yang baru ini  adalah berjumlah hampir RM10.0juta, ia berdasarkan kepada pengiraan yang dibuat mengikut kedudukan ekonomi semasa. Walaubagaimanapun , kos permulaan adalah sekitar RM3.0 juta .

Dengan keadaan semasa sekolah yang tidak kondusif serta lokasi yang agak sempit . Usaha untuk pembinaan sekolah yang baru ditanah yang telah dibeli perlu disegerakan . Pihak  sekolah amat mengalu-alukan sumbangan dan infaq dari anda semua untuk sama-sama merealisasikan projek pembangunan SRIIK ini.

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Terima Kasih kepada semua penyumbang

Jumlah kutipan sepanjang 29.1.2021 – 30.4.2021 (16 J’Akhir-18 Ramadan 1442H)

RM146,900.00

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan diberkati oleh Allah SWT.  Moga Allah Ya Fatah Ya Razzaq membuka pintu rezeki seluasnya dengan membalas  ganjaran pahala  besar, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.

Firman Allah SWT maksudnya : “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi”

(Surah Ali-Imran : 92)