Rayuan Infaq Pembangunan Sekolah

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.”

Al – Baqarah : 261

MENGENAI KAMI

Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibn Kathir (SRIIIK) merupakan sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) . Beroperasi pada tahun 1994 di tempatnya sekarang, iaitu di Lot 1692-34, Kampung Changkat, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan.

 

Selepas hampir 27 tahun beroperasi , keadaan prasarana semasa sekolah serta isu bangunan sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan tidak lagi sesuai untuk digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan 20 orang kakitangan dan hampir 200 orang pelajar.

AKTIVITI SEKOLAH

KEADAAN SEMASA SEKOLAH

Bangunan sekolah terkini yang menempatkan tempat perhimpunan, tempat makan dan kelas-kelas. 

Pemandangan hadapan sekolah.

Pejabat sekolah, bilik guru lelaki dan perempuan serta bilik guru besar di bangunan berhadapan dengan bangunan utama sekolah.

TAPAK BARU
SEKOLAH

Alhamdulillah ,pada tahun 2017 Ahli Lembaga Pengelola SRIIIK telah berjaya membeli sebidang tanah rezab melayu seluas 3 (tiga ekar) bersebelahan dengan Masjid Gombak Utara. 

Rancangan pembangunan tanah tersebut akan melibatkan pembinaan dua blok bangunan utama iaitu satu blok bangunan sekolah empat tingkat dan satu blok empat tingkat kuarters guru yang akan menempatkan 12 buah unit rumah.

DANA YANG DIPERLUKAN

Dengan keadaan semasa sekolah yang tidak kondusif serta lokasi yang agak sempit . Usaha untuk pembinaan sekolah yang baru ditanah yang telah dibeli sangat perlu disegerakan . Pihak sekolah merayu sumbangan dan infaq dari tuan/puan dan bersama merealisasikan projek pembangunan SRIIK ini. InsyaAllah pahala sumbangan tuan/puan akan terus mengalir asbab infaq yang diberikan

Sasaran Kutipan (Fasa Pertama)

RM 0

Dana Terkumpul

RM 0

Baki yang masih diperlukan

RM 0

DANA YANG DIPERLUKAN

Dengan keadaan semasa sekolah yang tidak kondusif serta lokasi yang agak sempit. Usaha untuk pembinaan sekolah yang baru ditanah yang telah dibeli sangat perlu disegerakan . Pihak sekolah merayu sumbangan dan infaq dari tuan/puan dan bersama merealisasikan projek pembangunan SRIIK ini. InsyaAllah pahala sumbangan tuan/puan akan terus mengalir asbab infaq yang diberikan

DERMA
SEKARANG

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM,

Boleh Bank In Ke Akaun Yang Tertera :

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan diberkati oleh Allah SWT. Moga Allah Ya Fatah Ya Razzaq membuka pintu rezeki seluasnya dengan membalas ganjaran pahala besar, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.

Lokasi Sekolah

Lot 1692-34, Kampung Changkat, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan

 

Waktu Operasi


7.30 AM – 3.30 PM
Isnin-Jumaat


Hubungi Kami

 

Guru Besar Sekolah : 019 – 3021214

Pengerusi Sekolah : 019 – 2692057

Scroll to Top